Isnin, Jun 29, 2009

UMNO Bahagian Kuala Kedah


Hari Sabtu lepas , aku balik kekampung. Sekadar menghilangkan boring dan meninjau keluarga dikampung . Padi yang menghijau mengindahkan lagi suasana kampung ku. Namun dalam semua itu, aku ada perkara yang ingin dikongsikan dengan semua . Ttg hala tuju UMNO bahagian Kuala Kedah yang diterajui oleh Dato' Lat Shariman .


Aku langsung tak mengenali siapa Dato' Lat tersebut. Normal la tu, aku bukan selalu kat kampung . Siapa pun ketua bahagian , bagi aku sama saja. UMNO yang diutamakan, bukan mana-mana pemimpin . Sejak dari zaman Cikgu Ya , Dato Bakar Rautin , Syed Razak , Hashim Lawyer sampailah ke Dato Lat , aku rasa UMNO Kuala Kedah langsung tak ada perubahan. Perubahan yang aku maksudkan ialah dari segi Qualiti Kerja dalam menambah ahli atau turun padang bersama rakyat / masyarakat .


Pada PRU 12 , Parliment Kuala Kedah jatuh ketangan pembangkang - salah satu sebab yang harus diterima oleh UMNO KK ialah sikap pemimpin ( calon ) itu sendiri . Kalau dulu Hashim Lawyer ada 'think tank' dia yang setia menunggu di perkarangan kedai mamak di Kuala Sungai . Menunggu kalau kalau ada secawan dua kopi atau teh . Rakyat yang lain langsung 'tidak kenal' siapa Hashim Lawyer . Sampailah dekat dekat dengan PRU 12 , sudah mula terdengan suara suara yang tidak berpuas hati dan cuba nak 'kalih' Hashim Lawyer . Suara2 dari ahli UMNO sendiri. Kalau pembangkang , lantak la..memang kerja depa mcm tu ..Dan suara2 itu diterjemahkan dalam PRU dimana Parliment Kuala Kedah menyaksikan UMNO / BN kalah 4 kosong ( 1 parliment - 3 DUN ) . DUN yang dirasakan cukup selamat dengan kelebihan majoriti hampir 10000 ( DUN bekas MB Syed Razak ) juga terut terkena tempias ketidak puasan hati rakyat. Yang paling sedih DUN Kubang Rotan tersebut menyaksikan kemenangan calon PAS ( Nasir Mustapha ) yang hmmm rakyat setempat sendiri tau siapa dia yang sebenar . Kenapa terjadinya TSUNAMI politik mcm ni ? Pernahkah Dato Lat terfikir atau mengkaji puncanya sebelum menawarkan diri menerajui UMNO Kuala Kedah ?


Sedarkan Dato , hari ini sudah terdengar nyanyian2 sumbang yang mempertikaikan Dato oleh ahli2 dibawah. Dato katanya tak pernah 'turun' kebawah, kenali masyarakat , ambil tau hal masyarakat . dato juga katanya sebagai Bos di Kuala Kedah dan Kuli di Kuala Lumpur . Ada juga yang membayangkan Parliment Kuala Kedah dan ketiga DUNnya akan terus dalam dakapan Pembangkang kalau keadaan begini berterusan .


Dato'

Dato perlu 'berbual' dengan semua orang ...bukan setakan seorang dua yang menjadi panglima atau orang kuat Dato. Dato perlu me'rakyat'kan diri. Saya ada juga terbaca didalam blog Umno Kuala Kedah dimana Gambar dan aktiviti Dato didalam Sinar Harian. Cukup ke mcm tu, setakat tu ?


Dato'

Golongan muda / pengundi baru rasanya tak pernah dipedulikan oleh UMNO. Dato tak perlukan undi depa ka nanti ? Dato' dan pemuda Kuala Kedah sudah merangkan strategi untuk menawan mereka ? Atau UMNO sekadar berbangga dengan menganjurkan satu dua pertandingan bola sepak , acara mengacau bubur asura , baca kitab dan sebagainya. Apakah dengan aktiviti sebegitu , golongan muda yang bakal menentukan hala tuju keputusan pru 13 akan mengikut kita ? Apakah golongan muda sudah diisi dengan pengetahuan untuk berhadapan dengan pihak pembangkang nanti ? atau depa akan terkunci langkah dan akhirnya akur dengan dakyah dan dongeng pembangkang ?


Dato'

Sekarang... Sekarang adalah masa untuk kita menyusun jentera , mulakan kerja bagi merampas ( suka saya sebutkan sebagai MENYELAMATkan ) Kedah. Jangan hanya tungggu esok lusa nak pilihanraya, baru nak kelam kabut... Ayuh mulakan...


Sekian...